Tuesday, May 29, 2018

TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

BUKIT BENDERA





Bukit ini dahulunya dibuka penjajah untuk menanam strawberry. Tetapi kini digunakan orang Malaysia untuk untuk melihat bandar Georgetown dari atas bukit yang sejuk.
Suhunya sejuk — 21 darjah Celcius. Jadi memang nyaman untuk anda lawat. Apa lagi kalau anda berehat sambil minum kopi panas di atas bukit ini sambil melayan panorama kawasan bandar dan laut Penang.

Tapi nanti. Bukan itu sahaja yang boleh dibuat. Anda juga boleh menaiki trem, melawat muzium burung hantu, menjamu selera atau bersolat di masjid kecil di sini.
Kalau duit bukan masalah, anda boleh ke The Habitat — iaitu tarikan baru Bukit Bendera ataupun Muzium Kamera.
Pada zaman penjajah dulu, satu-satunya jalan ke sini ialah dengan kuda. Tapi kini anda boleh ke sini dengan mudah. Kereta kabel Swiss yang moden dan berhawa dingin bersedia membawa ratusan orang yang beratur di stesennya.
Mahu lebih adventure? Ada jalan lain ke atas bukit.